twitter
rss

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Boria

Kerbau yang Baik Hati

Dengarlah ini satu cerita,
Kisah Sang Buaya, ditimpa bencana,
Datang Sang Kerbau, bertubuh sasa
Ingin sekali membantu mangsa.

Batang kayu, jatuh menimpa,
Ketika buaya, bersantai leka,
Hendak diangkat, tiada berdaya,
Terasa hilang separuh nyawa.

Diangkat bebanan, di badan buaya,
Terlepas buaya, dari bahaya,
Kerbau yang baik, tidak menduga,
Terima kasih diucap hanya berpura.

Buaya tidak mengenang budi,
Di hadapan mata, ada rezeki,
Ditangkap Sang Kerbau, sebelah kaki,
Hendak dimakan tiada simpati.

Mujurlah ada Sang Kancil bestari,
Gelangat buaya dia perhati,
 Rasa belas di dalam hati
Melihat kerbau buaya khianati.

Kancil bertanya apa terjadi,
Kerbau cerita sepenuh hati,
Kancil minta tunjuk sekali,
Supaya dia puas hati.

Buaya ketawa, sepenuh hati,
Katanya kerbau tunjukkan aksi,
Diletak kerbau batang kayu tadi
Kancil berkata biar buaya sendiri.





Kata Sendi
Kebanyakan kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid ialah kesalahan menggunakan kata sendi yang betul. Kata sendi ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama. Jumlahnya agak besar dan tiap-tiap kata sendi nama mempunyai tugas yang berbeza dan kehadirannya dalam ayat sering disalahgunakan.  Kata sendi nama tersebut ialah di, ke, dari, dan kepada.

a.       Kata sendi nama  di
Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Di  tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa dan zaman.

Salah
Betul
di pagi hari raya
pada pagi hari raya
di abad ke-10
pada abad ke-10
di zaman itu
pada zaman itu

Contoh:
            Di pagi hari raya semua ibu sibuk berkemas. (Salah)
            Pada pagi hari raya semua ibu sibuk berkemas. (Betul)

b.      Kata sendi nama  ke
Satu daripada kegunaan ke adalah di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa.  Ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada manusia atau binatang.

Salah
Betul
ke pihak penjaga
kepada pihak penjaga
ke Siti
kepada Siti
ke kucing
kepada kucing
Contoh:
Telur busuk itu dihempaskannya kepada dinding. (Salah)
            Telur busuk itu dihempaskannya ke dinding. (Betul)
c.       Kata sendi nama  dari
Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, dan waktu atau masa. Ciri ini membezakan kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan.

Salah
Betul
bergerak daripada belakang
bergerak dari belakang
daripada kiri ke kanan
dari kiri ke kanan
daripada sudut agama
dari sudut agama
daripada pukul 5.00 petang
dari pukul 5.00 petang
daripada abad ke-15
dari abad ke-15

Contoh:
            Mereka bergerak daripada belakang rumah usang itu. (Salah)
            Mereka bergerak dari belakang rumah usang itu. (Betul)

d.      Kata sendi nama  kepada
Kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan perubahan keadaan. Salah jika digunakan kata sendi nama  ke.

Salah
Betul
ke guru itu
kepada guru itu
ke pemuda itu
kepada pemuda itu
ke bahaya ubat batuk
kepada bahaya ubat batuk

Contoh :
Buku-buku latihan yang telah disemak dihantar ke guru itu. (Salah)
Buku-buku latihan yang telah disemak dihantar kepada guru itu. (Betul)



Catatan
Fahmi dan kawan-kawannya telah pergi ke perpustakaan Kuala Lumpur. Mereka ingin merujuki ensiklopedia di perpustakaan itu. Fahmi telah membuat catatan aktiviti yang dilakukannya pada hari tersebut. Mari kita baca catatan Fahmi.

8.30 pagi
Linggam, Ali dan Siew Lin berkumpul di rumah saya. Kami hendak pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Kami menaiki monorel ke Stesen Sentral KL.
9.00 pagi
Kami sampai di Stesen Sentral KL. Selepas sarapan, kami menaiki teksi ke Perpustakaan Kuala Lumpur.
10.00 pagi
Kami sampai di Perpustakaan Kuala Lumpur. Sesampainya kami di sana, kami dihampiri oleh dua orang pelancong. Mereka bertanya tentang arah ke Muzium Kesenian Islam. Kami memberikan tunjuk arah yang betul kepada pelancong tersebut.
10.30 pagi
Kami masuk ke perpustakaan dan membuat rujukan.
12.00 tengah hari
Kami balik ke rumah masing-masing. Kami perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.


Muzium Kesenian Islam