twitter
rss

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA


BAHASA MELAYU TAHUN 5


Nama : ………………………………………….

Tarikh : ………………………..


Baca petikan di bawah.  

Menuju Kejayaan


Asrul Sani bin Hassan adalah seorang pemain bola sepak bawah 12 Sekolah Kebangsaan Jernang, Sungkai. Dia menjadi ayam tambatan bagi pasukan sekolahnya.  Penglibatannya dalam permainan bola sepak bermula seawal usia lapan tahun.

                Kejayaannya dianugerahkan sebagai Pemain Harapan Bola Sepak Kategori Bawah 12 Tahun Daerah Batang Padang, telah melonjakkan namanya. Sehubungan itu, dia merupakan anak emas bagi Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang.  Kecemerlangannya menyebabkan Pejabat Pelajaran Daerah Batang Padang telah memberikan imbuhan berupa wang tunai sebanyak RM500.00 dan sijil penghargaan sebagai hadiah. Kejayaan ini banyak memberi  makna kepadanya. Walaupun demikian, Asrul Sani tidak pernah lupa kepada jurulatihnya iaitu Cikgu Fikri. Cikgu Fikri yang merupakan bapa angkatnya  banyak membantu hingga dia berjaya berada ke tahap ini.

                Asrul Sani juga terhutang budi kepada Sulaiman yang merupakan abang angkatnya. Sulaiman banyak berkorban wang untuk membeli pakaian dan peralatan bermain bola sepak. Ini kerana Asrul Sani hidup sebatang kara setelah kematian ibu bapa dan adik-adiknya dalam satu kemalangan jalanraya empat tahun yang lalu. Sikap hidung tinggi, tidak pernah diamalkannya walaupun telah banyak mencipta kejayaan dalam bidang sukan bola sepak.

0 comments:

Post a Comment