Kerbau yang Baik Hati
Dengarlah ini satu cerita,
Kisah Sang Buaya, ditimpa bencana,
Datang Sang Kerbau, bertubuh sasa
Ingin sekali membantu mangsa.
Batang kayu, jatuh menimpa,
Ketika buaya, bersantai leka,
Hendak diangkat, tiada berdaya,
Terasa hilang separuh nyawa.
Diangkat bebanan, di badan buaya,
Terlepas buaya, dari bahaya,
Kerbau yang baik, tidak menduga,
Terima kasih diucap hanya berpura.
Buaya tidak mengenang budi,
Di hadapan mata, ada rezeki,
Ditangkap Sang Kerbau, sebelah kaki,
Hendak dimakan tiada simpati.
Mujurlah ada Sang Kancil bestari,
Gelangat buaya dia perhati,
Rasa belas di dalam hati
Melihat kerbau buaya khianati.
Kancil bertanya apa terjadi,
Kerbau cerita sepenuh hati,
Kancil minta tunjuk sekali,
Supaya dia puas hati.
Buaya ketawa, sepenuh hati,
Katanya kerbau tunjukkan aksi,
Diletak kerbau batang kayu tadi
Kancil berkata biar buaya sendiri.
Salah
|
Betul
|
di pagi hari raya
|
pada pagi hari raya
|
di abad ke-10
|
pada abad ke-10
|
di zaman itu
|
pada zaman itu
|
Salah
|
Betul
|
ke pihak penjaga
|
kepada pihak penjaga
|
ke Siti
|
kepada Siti
|
ke kucing
|
kepada kucing
|
Salah
|
Betul
|
bergerak daripada belakang
|
bergerak dari belakang
|
daripada kiri ke kanan
|
dari kiri ke kanan
|
daripada sudut agama
|
dari sudut agama
|
daripada pukul 5.00 petang
|
dari pukul 5.00 petang
|
daripada abad ke-15
|
dari abad ke-15
|
Salah
|
Betul
|
ke guru itu
|
kepada guru itu
|
ke pemuda itu
|
kepada pemuda itu
|
ke bahaya ubat batuk
|
kepada bahaya ubat batuk
|
Muzium Kesenian Islam |
Mari berbahasa, sebaiknya….
Penanda Wacana
Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,
Salah
|
Betul
|
setia-setiausaha
|
setiausaha-setiausaha
|
warga-warganegara
|
warganegara-warganegara
|
lebuh-lebuhraya
|
lebuhraya-lebuhraya
|
Salah
|
Betul
|
mereka-mereka
|
mereka
|
umat-umat
|
umat
|
rakyat-rakyat
|
rakyat
|
Frasa/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Orientasi
( 2
minit )
|
Bahan
maaujud
(bola
sepak )
|
1.Guru
menunjukkan apa yang dipegang.
2. Guru
bertanya murid tentang simpulan bahasa yang berkaitan dengan bola.
3. Guru
menjelaskan maksud simpulan bahasa kaki bangku.
|
1.Murid menyebut
apa yang guru pegang.
2. Murid
menjawab
- bola tampar
- kaki
bangku
3. Murid
mendengar penjelasan guru.
|
|
Mencungkil Idea
(8 minit)
|
Petikan
teks
’Menuju
Kejayaan’
|
1.Guru menyuruh
murid membaca teks secara senyap dan mengariskan simpulan bahasa yang
ditemui.
2.Guru menyuruh
beberapa orang murid membaca teks secara kuat.
3. Guru
berbincang tentang teks yang dibaca.
4. Guru
meminta murid menyebutkan simpulan bahasa yang ditemui daripada teks.
|
1.Murid
membaca teks secara senyap sambil mengarisi simpulan bahasa yang ditemui.
2. Murid
membaca teks.
3. Murid
mendengar dan memberi reaksi terhadap penjelasan guru.
4. Murid
menyebut simpulan bahasa yang ditemui.
|
|
Menstruktur
Semula Idea
(8 minit)
|
Menuju
kejayaan
|
1.Guru
menyuruh murid membaca kad perkataan mengenai simpulan bahas yang ditemui.
2.Guru
bersoaljawab dan menjelaskan
maksud
setiap simpulan bahasa yang ditemui.
|
1.Murid
membaca kad perkataan.
2.Murid
mendengar dan memberi respon terhadap simpulan bahasa yang dibincangkan.
|
Teks ms. 58
|
Aplikasi Idea
(8 minit)
|
Memadankan
simpulan bahasa dengan ayat.
|
1.Guru
menyuruh murid membaca ayat-ayat yang
ditampal di papan putih.
2. Guru
menyuruh murid membaca kad-kad perkataan simpulan bahasa yang diberi.
3.Guru
menyuruh murid memadankan simpulan bahasa dengan ayat yang diberi.
4. Guru
menyuruh murid membaca ayat-ayat yang telah dilengkapkan dengan simpulan
bahasa
|
1.Murid
membaca ayat-ayat yang ditampal di papan putih.
2. Murid
membaca kad-kad perkataan
simpulan
bahasa.
3. Murid
memadankan simpulan bahasa dengan ayat yang diberi.
4. Murid
membaca ayat-ayat yang telah dilengkapi dengan simpulan bahasa.
|
|
Refleksi/Penutup
(3 minit)
|
Menguji
kefahaman dengan latihan bertulis
|
1.Guru
menyuruh murid menjawab latihan bertulis mengikut kumpulan.
|
1.Murid menjawab
soalan bertulis mengikut kumpulan.
|
|