twitter
rss

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Boria

Kerbau yang Baik Hati

Dengarlah ini satu cerita,
Kisah Sang Buaya, ditimpa bencana,
Datang Sang Kerbau, bertubuh sasa
Ingin sekali membantu mangsa.

Batang kayu, jatuh menimpa,
Ketika buaya, bersantai leka,
Hendak diangkat, tiada berdaya,
Terasa hilang separuh nyawa.

Diangkat bebanan, di badan buaya,
Terlepas buaya, dari bahaya,
Kerbau yang baik, tidak menduga,
Terima kasih diucap hanya berpura.

Buaya tidak mengenang budi,
Di hadapan mata, ada rezeki,
Ditangkap Sang Kerbau, sebelah kaki,
Hendak dimakan tiada simpati.

Mujurlah ada Sang Kancil bestari,
Gelangat buaya dia perhati,
 Rasa belas di dalam hati
Melihat kerbau buaya khianati.

Kancil bertanya apa terjadi,
Kerbau cerita sepenuh hati,
Kancil minta tunjuk sekali,
Supaya dia puas hati.

Buaya ketawa, sepenuh hati,
Katanya kerbau tunjukkan aksi,
Diletak kerbau batang kayu tadi
Kancil berkata biar buaya sendiri.





Kata Sendi
Kebanyakan kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid ialah kesalahan menggunakan kata sendi yang betul. Kata sendi ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa nama. Jumlahnya agak besar dan tiap-tiap kata sendi nama mempunyai tugas yang berbeza dan kehadirannya dalam ayat sering disalahgunakan.  Kata sendi nama tersebut ialah di, ke, dari, dan kepada.

a.       Kata sendi nama  di
Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Di  tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa dan zaman.

Salah
Betul
di pagi hari raya
pada pagi hari raya
di abad ke-10
pada abad ke-10
di zaman itu
pada zaman itu

Contoh:
            Di pagi hari raya semua ibu sibuk berkemas. (Salah)
            Pada pagi hari raya semua ibu sibuk berkemas. (Betul)

b.      Kata sendi nama  ke
Satu daripada kegunaan ke adalah di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah dan waktu atau masa.  Ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk kepada manusia atau binatang.

Salah
Betul
ke pihak penjaga
kepada pihak penjaga
ke Siti
kepada Siti
ke kucing
kepada kucing
Contoh:
Telur busuk itu dihempaskannya kepada dinding. (Salah)
            Telur busuk itu dihempaskannya ke dinding. (Betul)
c.       Kata sendi nama  dari
Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, dan waktu atau masa. Ciri ini membezakan kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan.

Salah
Betul
bergerak daripada belakang
bergerak dari belakang
daripada kiri ke kanan
dari kiri ke kanan
daripada sudut agama
dari sudut agama
daripada pukul 5.00 petang
dari pukul 5.00 petang
daripada abad ke-15
dari abad ke-15

Contoh:
            Mereka bergerak daripada belakang rumah usang itu. (Salah)
            Mereka bergerak dari belakang rumah usang itu. (Betul)

d.      Kata sendi nama  kepada
Kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan perubahan keadaan. Salah jika digunakan kata sendi nama  ke.

Salah
Betul
ke guru itu
kepada guru itu
ke pemuda itu
kepada pemuda itu
ke bahaya ubat batuk
kepada bahaya ubat batuk

Contoh :
Buku-buku latihan yang telah disemak dihantar ke guru itu. (Salah)
Buku-buku latihan yang telah disemak dihantar kepada guru itu. (Betul)



Catatan
Fahmi dan kawan-kawannya telah pergi ke perpustakaan Kuala Lumpur. Mereka ingin merujuki ensiklopedia di perpustakaan itu. Fahmi telah membuat catatan aktiviti yang dilakukannya pada hari tersebut. Mari kita baca catatan Fahmi.

8.30 pagi
Linggam, Ali dan Siew Lin berkumpul di rumah saya. Kami hendak pergi ke Perpustakaan Kuala Lumpur. Kami menaiki monorel ke Stesen Sentral KL.
9.00 pagi
Kami sampai di Stesen Sentral KL. Selepas sarapan, kami menaiki teksi ke Perpustakaan Kuala Lumpur.
10.00 pagi
Kami sampai di Perpustakaan Kuala Lumpur. Sesampainya kami di sana, kami dihampiri oleh dua orang pelancong. Mereka bertanya tentang arah ke Muzium Kesenian Islam. Kami memberikan tunjuk arah yang betul kepada pelancong tersebut.
10.30 pagi
Kami masuk ke perpustakaan dan membuat rujukan.
12.00 tengah hari
Kami balik ke rumah masing-masing. Kami perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.


Muzium Kesenian Islam
                                        



BAHAGIAN C
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidal lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

          Amalan gotong-royong amat dituntut dalam masyarakat kita. Sikap ini perlu diamalkan untuk membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatu padu.
          Pada hari Ahad yang lalu, penduduk Kampung Sepintas telah mengadakan gotong-royong membina titian yang baharu. Titian lama yang uzur dan telah pun roboh setelah dihanyutkan banjir baru-baru ini.
          Pada hari gotong-royong itu diadakan, banyak penduduk kampung datang menyumbangkan khidmat. Kebanyakan yang datang pada hari tersebut terdiri daripada kaum lelaki, manakala kaum perempuan hanya menyedikan juadah untuk aktiviti itu. Mereka memulakan kerja pada pukul 8.00 pagi.
          Penduduk kampung kelihatan bersemangat melakukan tugas mereka. Ada yang sempatbergurau senda untuk memeriahkan suasana. Menjelang petang, titian itu berjaya disiapkan. Penduduk Kampung Sepintas berasa amat gembira apabila titian hasil gandingan bahu mereka berjaya disiapkan dalam masa sehari sahaja.

Jawapan :
....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
...................................................................................................................


Penjodoh Bilangan

Tulis penjodoh bilangan yang sesuai bagi benda-benda berikut.

1.   ………………….    kerusi

   2.  ............................ cincin

   3.  ............................ kayu api

   4.  ............................ tikar

   5.  ............................ roti

   6.  ............................ nasi lemak

   7.  ............................ garam

   8.  ...........................  dawai

   9.  ............................ kunci

   10............................. suratkhabar
           


Mari berbahasa, sebaiknya….

Pada kita bahasa itu jiwa bangsa…. Tapi tahukah anda maksud sebenar kata- kata itu… Maksudnya, bahasa (komunikasi) itu menunjukkan kita ini dari keturunan bagaimana. Dalam konteks psikologi, ianya bermaksud jika kita berkomunikasi, secara terus menunjukkan apa trait peribadi di warisi oleh anda dari keturunan (keluarga) anda. Mari kita berbahasa, sebaiknya…. Jika bahasa anda buruk, keturunan anda juga buruk. Malah, bangsa yang di lambangkan sebagai keturunan itu, merujuk kepada peribadi ibu bapa anda jua. Anda sebenarnya menconteng arang di muka mereka, kerana bahasa. Marilah kita berbahasa sebaiknya… Sopanlah dalam bahasa, tak sedikitpun anda rugi, kerana bahasa anda, merujuk pada peribadi anda… Mari berbahasa sebaiknya….


Penanda Wacana

Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. Oleh hal yang demikian, saya telah menyediakan senarai peribahasa untuk para pelajar yang amat saya kasihi. Dalam catatan blog akan datang, saya akan mengajar anda cara menggunakan penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah untuk menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia untuk menerangkannya.

Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,


Pahlawan Tanpa Tanda Jasa

Pahlawan tanpa tanda jasa
Ialah guru
Yang mendidikku
Yang membekaliku ilmu
Dengan tulus dan sabar
Senyummu memberikan semangat untuk kami
Menyongsong masa depan yang lebih baik

Setitik peluhmu
Menandakan sebuah perjuangan yang sangat besar
Untuk murid-muridmu
Terima kasih guru

Perjuanganmu sangat bererti bagiku
Tanpamuku tak akan tahu tentang dunia ini
Akan selaluku panjatkan doa untukmu
Terima kasih guruku


Pantun Kiasan dan Sindiran

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.


a.       Kata majmuk yang dieja bercantum tetap digandakan keseluruhannya.
Salah
Betul
setia-setiausaha
setiausaha-setiausaha
warga-warganegara
warganegara-warganegara
lebuh-lebuhraya
lebuhraya-lebuhraya
Contoh:
Setia-setiausaha yang baharu dilantik itu mempunyai pengalaman yang luas. (Salah)
Setiausaha-setiausaha yang baharu dilantik itu mempunyai pengalaman yang luas. (Betul)


a.       Menggandakan kata nama yang sudah mendukung makna banyak.
Salah
Betul
mereka-mereka
mereka
umat-umat
umat
rakyat-rakyat
rakyat
                        Contoh:
Mereka-mereka tidak perlu ke pusat sumber pada hari ini. (Salah)
Mereka tidak perlu ke pusat sumber pada hari ini. (Betul)


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( KONSTRUKTIVISME)

Tarikh/ Hari     :  17.4.2013                                          Masa  :  11.50 pagi – 12.20 tengahari                                                Kelas               :  Tahun 5 Bijak                                  Bil. Pelajar :  19 orang                                                                         M/ Pel               :  Bahasa Melayu                                                                      
Tajuk                :  Kesihatan Asas Kesejahteraan      
Objektif :  Pada akhir pelajaran, murid dapat :
i.              Membaca dan mengecam sekurang-kurangnya 5 daripada 6 simpulan bahasa yang terdapat daripada petikan dengan betul.
ii.             Memadan dan meletakkan 4 daripada 5  simpulan bahasa yang sesuai dalam ayat yang diberi dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid sudah didedahkan tentang simpulan bahasa secara
                                          tidak langsung dalam pelajaran kefahaman yang lalu.
 Konsep : Mengecam simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan.
Bahan : 1.  Bahan maajud (bola sepak)                    
              2.  Lembaran teks bacaan (Menuju kejayaan)                                
              3.  Lembaran kerja (Latihan bertulis)
              4.  Kad-kad perkataan
              5.  Kertas Majong (Teks Menuju Kejayaan)
Nilai :  Berusaha, kesihatan fizikal dan mental
Kemahiran :
3.1 Aras 1 (i) Mengelas maklumat berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan.
            6.3 Aras 1 (i) Membaca dan mengecam maklumat  daripada pelbagai bahan
                                  bacaan.

Frasa/Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Orientasi
( 2 minit )

Bahan maaujud
(bola sepak )

1.Guru menunjukkan apa yang dipegang.

2. Guru bertanya murid tentang simpulan bahasa yang berkaitan dengan bola.
3. Guru menjelaskan maksud simpulan bahasa kaki bangku.

1.Murid menyebut apa yang guru pegang.
2. Murid menjawab
- bola tampar
- kaki bangku


3. Murid mendengar penjelasan guru.









Mencungkil Idea
 (8 minit)

Petikan teks
’Menuju Kejayaan’


1.Guru menyuruh murid membaca teks secara senyap dan mengariskan simpulan bahasa yang ditemui.
2.Guru menyuruh beberapa orang murid membaca teks secara kuat.
3. Guru berbincang tentang teks yang dibaca.

4. Guru meminta murid menyebutkan simpulan bahasa yang ditemui daripada teks.

1.Murid membaca teks secara senyap sambil mengarisi simpulan bahasa yang ditemui.

2. Murid membaca teks.


3. Murid mendengar dan memberi reaksi terhadap penjelasan guru.
4. Murid menyebut simpulan bahasa yang ditemui.









Menstruktur Semula Idea
(8 minit)

Menuju kejayaan

1.Guru menyuruh murid membaca kad perkataan mengenai simpulan bahas yang ditemui.

2.Guru bersoaljawab dan menjelaskan
maksud setiap simpulan bahasa yang ditemui.

1.Murid membaca kad perkataan.




2.Murid mendengar dan memberi respon terhadap simpulan bahasa yang dibincangkan.

Teks ms. 58










Aplikasi Idea
(8 minit)

Memadankan simpulan bahasa dengan ayat.

1.Guru menyuruh murid membaca ayat-ayat  yang ditampal di papan putih.
2. Guru menyuruh murid membaca kad-kad perkataan simpulan bahasa yang diberi.


3.Guru menyuruh murid memadankan simpulan bahasa dengan ayat yang diberi.
4. Guru menyuruh murid membaca ayat-ayat yang telah dilengkapkan dengan simpulan bahasa


1.Murid membaca ayat-ayat yang ditampal di papan putih.

2. Murid membaca kad-kad  perkataan
simpulan bahasa.


3. Murid memadankan simpulan bahasa dengan ayat yang diberi.
4. Murid membaca ayat-ayat yang telah dilengkapi dengan simpulan bahasa.















Refleksi/Penutup
(3 minit)

Menguji kefahaman dengan latihan bertulis

1.Guru menyuruh murid menjawab latihan bertulis mengikut kumpulan.

1.Murid menjawab soalan bertulis mengikut kumpulan.